Posts

Showing posts from May, 2021

Pengurusan Bilik Darjah Sekolah Rendah

Kumpulan N Kumpulan 4 Aisyah Amalin Bt Mohd Zailani Anis Aina Bt Zinudin Puteri Nurul Anessa Bt Muhamad Nasrizal Nor Nasharina Najwien Bt Tajul Arif

Maksud pengurusan bilik darjah & Cara pendekatan dalam menguruskan bilik darjah

Image
Nama: NurFatin Sakinah bt Khairul Anwar Zamani No Matrik: D20201095344 Kumpulan: 4 Kelas: KPS3014 (N) Pengenalan Pengurusan bilik darjah adalah penting untuk memastikan keadaan bilik darjah yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Persekitaran bilik darjah yang kondusif memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid kekal fokus dan selesa untuk meneruskan pembelajaran. Justeru, perubahan tingkah laku murid dalam bilik darjah juga dipengaruhi oleh pengurusan bilik darjah tersebut. Selain itu, terdapat juga pelbagai cara pendekatan yang boleh dipraktikkan dalam menguruskan bilik darjah. Contohnya, pendekatan autoritarian, pendekatan permisif, modifikasi tingkkah-laku pelajar.  Pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugasan. tambahan pula, cara sesuatu mata pelajaran tersebut diajar berdasarkan objektif jangka panjang. Jadi, sebagai seorang guru hendaklah menitikberatkan pengurusan b