Maksud pengurusan bilik darjah & Cara pendekatan dalam menguruskan bilik darjah

Nama: NurFatin Sakinah bt Khairul Anwar Zamani
No Matrik: D20201095344
Kumpulan: 4
Kelas: KPS3014 (N)

Pengenalan

Pengurusan bilik darjah adalah penting untuk memastikan keadaan bilik darjah yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Persekitaran bilik darjah yang kondusif memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid kekal fokus dan selesa untuk meneruskan pembelajaran. Justeru, perubahan tingkah laku murid dalam bilik darjah juga dipengaruhi oleh pengurusan bilik darjah tersebut. Selain itu, terdapat juga pelbagai cara pendekatan yang boleh dipraktikkan dalam menguruskan bilik darjah. Contohnya, pendekatan autoritarian, pendekatan permisif, modifikasi tingkkah-laku pelajar.  Pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugasan. tambahan pula, cara sesuatu mata pelajaran tersebut diajar berdasarkan objektif jangka panjang. Jadi, sebagai seorang guru hendaklah menitikberatkan pengurusan bilik darjah ini sebelum atau selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Maksud Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan = satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan juga capur tangan ahli lain untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuklah proses mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal

Bilik Darjah = tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus yang mempengaruhi murid dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang dan pembelajaran.

Menurut Walters & Shelly Frei (2007), pengurusan bilik darjah adalah cara-cara menjalankan sesuatu dalam bilik darjah. Selain itu, pengurusan bilik darjah juga boleh ditakrifkan sebagai proses pembelajaran suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang,2011).


Asas Pengurusan Bilik Darjah
  1. Ketegasan
  2. Kepekaan
  3. Tenang dan Konsisten
  4. Arahan yang jelas dan tepat
  5. Berfikiran positif

Cara Pendekatan dalam Pengurusan Bilik Darjah

Pendekatan Autoritarian


  • Autoritarian didefinasikan sebagai berpegang teguh terhadap peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
  • Guru hendaklah membentuk dan memastikan peraturan sentiasa diikuti oleh muird. Sebagai contonya, guru kelas berperanan dalam menetapkan peraturan-peraturan dalam bilik darjah tanpa berbincang dengan murid lain dan ianya wajib dipatuhi oleh murid.
  • Jika ada murid yang tidak mematuhi dan melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan atau denda yang setimpal dengan kesalahan. mereka.
  • Pendekatan bertujuan untuk mengawal disiplin murid apabila berada dalam bilik darjah.
         
Contoh peraturan yang boleh dibuat oleh guru kelas:


Pendekatan Permisif 

  • Permisif adalah bersifat terbuka yang membolehkan dan mengizinkan berlakunya sesuatu.
  • Pendekatan permisif bertentangan dengan pendekatan autoritarian, dimana pendekatan permisif lebih mengutamakam amalan demokratik (pilihan).
  • Amalan demokratik yang melibatkan interaksi dua hala antara guru dan juga murid dan memberi kebebasan murid untuk bersuara tentang sesuatu.
  • Sebagai contohnya, guru hendaklah memberikan kebebasan dalam melakukan sesuatu tanpa halangan seperti memilih aliran sains atau aliran sastera semasa mereka di tingkatan 4 dan dalam membentuk ahli kumpulan mereka sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
  • Guru hanya memainkan peranan dalam mengawasi sahaja keputusan yang dibuat oleh mereka. 

Modifikasi Tingkah-laku Pelajar

contoh tingkah laku positif


contoh tingkah laku negatif

  • Modifikasi tingkah laku pelajar boleh dipecahkan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan positif.
  • Peneguhan positif = berbentuk hadiah atau pujian yang diberikan kepada murid apabila melakukan sesuatu tingkah laku positif.
  • Peneguhan negatif = berbentuk denda atau huuman yang dikenakan kepada murid jika melakukan sesuatu tingkah laku negatif.
  • Sebagai seorang guru, hendaklah memainkan peranan dalam menggunakan cara yang terbaik untuk memodifikasikan tingkah laku murid daripada negatif kepada positif.
  • Contohnya, pembahagian tugasan harian pada jadual kelas dapat memupuk sikap tanggungjawab, kerjasama dan juga dapat mendisiplinkan murid dengan ganjaran atau pujian yang akan diberikan kepada mereka. 
  • Selain itu, pada pelajar yang hadir juga diberikan ganjaran berbentuk sijil ataupun wang ringgit supaya menggalakkan lagi mereka untuk sentiasa mengekalkan kehadiran penuh.



Rujukan:







Comments